Wednesday, 6 August 2025

KEBAIKAN BERJALAN 7,000 LANGKAH SEHARI

 
Kita biasa dengar kebaikan berjalan 10,000 langkah sehari. Kini kajian terbaru, berjalan 7,000 langkah sehari juga menunjukkan kesan amat menakjubkan. Kalau boleh berjalan 10,000 langkah sehari tentu lebih baik lagi.
 
Satu analisis besar-besaran melibatkan hampir 1 juta orang mendapati berjalan 7,000 langkah sehari mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik dan kematian.
 
Bandingkan 7,000 langkah dengan hanya 2,000 langkah sehari:
- Risiko kematian menurun 47%
- Sakit jantung –25%
- Dementia –38%
- Kematian akibat kanser –37%
- Kemurungan –22%
- Diabetes –14%
 
Tidak perlu alat mahal. Tidak perlu ke gym. Hanya bergerak lebih setiap hari. Berjalan 7,000 langkah mungkin perkara paling mudah dan murah, tetapi kesannya luar biasa.
 
Banyakkan berjalan untuk tubuh dan hidup yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment