Monday 26 December 2016

CARA STRATEGI TARIK PEMBELI

Tedapat cara atau strategi menarik minat pembeli. Macam-macam boleh dilakukan asalkan matlamatnya untuk menarik minat pembeli.  

Kisah Penjual Tolo Di Pasar Pilahdelphia @ Kolo Pilah
Pembeli: "Dik, tolo (telor) sepapan berapo hargo eh?" 
Penjual: "Tolo ayam atau tolo itik?" 
Pembeli: "Tolo ayam." 
Penjual: "Tolo ayam biaso atau ayam kampung?" 
Pembeli: "Ayam biaso."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?" 
Pembeli: "Yang tempatan." 
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Joseh, Talang, Senaling, Senanti atau Ampang Tinggi?" 
Pembeli: "Yang Senanti lah......" (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Kampung Tongah, Gunung Pasir atau Buyau?" 
Pembeli: "Kau nie Jang jual tolo atau pakej pelancongan?" 
Penjual: "Maaf kak, ese penjual mee ghobuih (rebus) kek sobolah tu ha. Kebetulan yang jual tolo poe minam. Ese disuruh eh berburak dulu dengan pomboli sampai dio datang.

Ini dikira satu strategi pemasaran. Pembeli jangan dilepaskan. Peluang bukan datang selalu.

No comments:

Post a Comment