Saturday 7 July 2018

BANGKITLAH MELAYU PERKUATKAN BANGSA

Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan cabaran semasa. Orang Melayu perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai cabaran hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Kini situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan hilang kuasa. Parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.

Pada masa sama orang Melayu kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu.

Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum Melayu tidak berpecah-belah.

No comments:

Post a Comment