Thursday 14 November 2019

ERA MALAYSIA BAHARU BANYAK KEJUTAN

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dua kali terkejut.

Pertama terkejut dengan ahli politik veteran yang mengecam peraturan baru dikenakan sewaktu PRK Tanjung Piai ini. 

 “Saya terkejut yang ahli politik veteran - bahkan bagi mereka yang memegang ijazah dalam perundangan - seperti tidak faham (syarat dan peraturan), apatah lagi menghargai rangka kerja asas undang-undang yang berkaitan dengan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan sisiarkan portal dalam talian Malaysiakini Com.

Azhar yang memiliki latar belakang guaman berkata dakwaan pemimpin terbabit adalah tidak wajar.

“Ia dakwaan paling teruk dan tidak berasas, bersifat politik dan kemungkinan dipengaruhi oleh niat jahat," katanya.

Menurut beliau tugas memastikan semua peraturan dan undang-undang dipatuhi ialah polis, bukannya SPR.

Keperluan untuk mendapatkan permit polis untuk semua ceramah dinyatakan dalam undang-undang.

"Bukan bidang kuasa SPR untuk mengeluarkan permit atau untuk mengenakan keperluan permit. Ia adalah bidang kuasa polis," katanya.

Kedua Azhar terkajut (belum ada kenyataan terkejut dibuat) apabila Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan kenyataan yang bertentangan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan permit untuk kempen bergerak dan dari rumah ke rumah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menjelaskan, kempen seperti itu oleh calon dan jentera parti tidak memerlukan permohonan permit daripada polis berdasarkan Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Dalam hal ini, peruntukan ini tidak secara jelas merujuk kepada kempen bergerak dan dari rumah ke rumah.

“Perkataan yang digunakan dalam peruntukan itu juga tidak boleh sama sekali ditafsirkan sebagai kempen dari rumah ke rumah dan tinjauan mesra.

“Mengikut amalan sejak 1955, kaedah ini yang paling popular digunakan untuk merayu undi oleh calon dan parti bertanding tanpa memerlukan permit,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian memberi penjelasan mengenai kontroversi berhubung permit polis bagi kempen rumah ke rumah dan tinjauan mesra oleh enam calon dan jentera parti di PRK Parlimen Tanjung Piai.

Dalam pada itu, Thomas berkata, perlu diingat iaitu mengundi adalah hak asasi yang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak 1955, 14 pilihan raya umum selain ratusan pilihan raya kecil diadakan bagi membolehkan pengundi memilih ahli parlimen dan wakil rakyat mereka.

“Aktiviti berkempen bagi tujuan pilihan raya ini penting di dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya.

Era Malaysia Baharu yang banyak kejutan.

No comments:

Post a Comment