Monday 21 June 2021

PETUA LAMA CARA KAWAL ANAK KENCING MALAM

Orang tua-tua dahulu ada petua untuk kurangkan anak kecil kencing malam atau kencing tempat tidur. Ibu bapa sekarang petuanya guna lamping pakai buang.
 
Petua yang dimaksudkan ialah menggunakan puting beliung. Puting beliung itu dibiarkan menggigit pada bahagian pusat anak.
 
Tidak pasti pula ia berkesan atau tidak, tetapi itulah yang dilakukan oleh orang tua-tua dahulu apabia anak atau cucu sering kencing malam.
 
Puting beliung adalah panggilan dalam dialek Kelantan. Nama lain ialah pepatung, tuyuk, cakcibor, nandung, kapal kinjeng, sesibu, naga terbang dan beberapa nama lain mengikut tempat masing-masing.
 
Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera.
 
Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang.
 
Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
 
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu.
 
Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.

No comments:

Post a Comment