Tuesday 14 December 2021

LAMPU ISYARAT PERTAMA

Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk memberi arahan kepada pengguna jalan raya sama ada perlu meneruskan perjalanan, bersedia untuk berhenti dan berhenti. 
 
Lampu isyarat menggunakan kod warna yang sama di seluruh dunia. Terdapat tiga warna iaitu hijau tanda meneruskan perjalanan sekiranya tiada halangan, kuning bermakna bersedia untuk berhenti atau perjalanan diteruskan jika berada dalam kawasan tidak selamat untuk berhenti. Manakala lampu merah pula ada berhenti. 
 
Sistem pengaturan lampu isyarat lalu lintas kali pertama diperkenalkan di Westminster, England pada 10 Disember 1868, di mana lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. 
 
Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal tahun 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. 
 
Kemudian pada tahun 1918 di New York, sebuah sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna. 
 
Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk kali pertamanya. 
 
Penggunaan lampu isyarat lalu lintas banyak membantu melancarkan aliran lalu lintas, terutama di simpang empat dan simpang tiga yang kadar trafiknya tinggi. 
 
Malang sekali, masih ada di kalangan pengguna yang tidak mamatuhi peraturan di lampu isyarat. Masih ada yang curi-curi melepasi lampu merah dan paling ketara ialah masih meneruskan perjalanan ketika lampu telah bertukar menjadi kuning dan seterusnya merah. 


No comments:

Post a Comment