Friday 21 January 2022

KAMPUNG SUNGAI BARU SIMPANG AMPAT PERLIS

  
Kampung Sungai Baru, Simpang Ampat, Perlis merupakan sebuah kampung nelayan. Majoriti penduduknya menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama. 
 
Kampung Sungai Baru terletak tidak jauh dari Kuala Perlis yang menjadi penghubung kepada mereka ingin ke Langkawi dan sebaliknya. 
 
Jadi, ada yang akan memilih melalui Kampung Sungai Baru untuk ke Alor Setar, Kedah. Pengguna berpeluang menikmati suasana kampung yang indah. Kedudukan rumah dan bangunan tersusun elok berhampiran sungai. 
 
Banyak pengunjung yang melalui kawasan tersebut akan singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis ikan kering dan produk yang dihasilkan di kampung tersebut. 
 
Salah satu jenis ikan kering terkenal di Kampung Sungai Baru ialah ikan kering anak kebasi. 
 
Ikan kebasi termasuk dalam famili Clupeidae. Nama tempatan yang didaftarkan ialah kebasi kuasi. Nama tempatan lain ialah kuasi, kebasi dan selangat. 
 
Ikan kering kebasi sedap dimakan apabila digoreng garing.

No comments:

Post a Comment