Wednesday 20 July 2022

KEMERIAHAN MAJLIS KENDURI KAHWIN DULU-DULU

  
Mengadakan jamuan majlis kahwin atau walimatulurus memang dituntut dalam Islam. Ia diadakan bukan sahaja untuk meraikan pengantin, bahkan melibatkan seluruh ahli keluarga dan jiran tetangga. 
 
Majlis kahwin pada masa dahulu memang meriah. Ia bukan sahaja melibatkan pengantin dan keluarga, bahkan satu kampung akan turut serta menjayakannya dari mula persiapan sehinggalah berakhirnya majlis. 
 
Sebab itu, ia menjadi satu detik yang ditunggu-tunggu seluruh penduduk. Mereka akan bergotong royong menyedikan persiapan untuk memasak seperti menyediakan bangsal, tempat memasak, mencari kayu api, peralatan memasak dan bahan untuk dijadikan masakan. 
 
Kalau setakat bahan asas seperti beras dan kelapa memang tidak perlu dibeli. Masing-masing akan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. 
 
Kerjasama di kalangan masyarakat dahulu memang erat. Tidak berkira tentang wang, masa dan tenaga. Mereka ingin memastikan agar majlis berjalan lancar dan meriah. 
 
Begitulah meriahnya majlis kahwin dulu-dulu yang sekarang ini tidak lagi dapat dirasai, kecuali di tempat-tempat tertentu yang masih mengekalkan tradisi gotong royong kenduri kahwin. Itupun sudah banyak yang berubah dan tidak sama seperti kemeriahan dulu-dulu. 
 



 

No comments:

Post a Comment