Saturday 1 October 2022

Persembahan wayang kulit di Pasar Terapung Sri Tanjung

  
Sri Tanjung, Pulau Renjuna dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu mengadakan program persembahan wang kulit dan kursus asas membuat patung wayang kulit bertempat di Pasar Terapung Sri Tanjung. 
 
Persembahan tersebut memberi peluang kepada penduduk pulau dan pengunjung untuk menghayati seni budaya yang semakin dilupakan itu. Lebih menarik lagi apabila  sekumpulan remaja diberi pendedahan atau tunjuk ajar bagaimana hendak membuat patung wayang kulit. 
 
Menariknya, Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu dipengeruskan oleh seorang berbangsa Cina iaitu Kang Boon Ann dari Kampung Tokkong, Ketereh. 
 
Perkataan ‘cindayu’ itu sendiri adalah daripada gabungan perkataan ‘Cina’ dan ‘Melayu’ yang mana persatuan tersebut kini disertai kira-kira 35 ahli terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina. 
 
Usaha Sri Tanjung dan Sri Cindayu mengadakan persembahan wayang kulit di tapak Pasar Terapung Sri Tanjung amat bermakna sekali di mana industri pelancongan amat sinonim dengan persembahan budaya tradisional. 
 
Pelancong sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mengenali sesuatu seni budaya setempat. Justeru, usaha Sri Tanjung dan Sri Cindaya satu langkah bijak yang patut diteruskan atau diadakan pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment