Friday 11 November 2022

Ismail Sabri tidak terpalit skandal peribadi

  
Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan musuh UMNO BN yang lainnya tidak mampu menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sasaran kerana batang tubuh Perdana Menteri ke-9 ini tidak pernah mempunyai isu skandal peribadi, tidak terpalit dengan apa juga kes di mahkamah. 
 
Malah Ismail Sabri telah terbukti berjaya mengeluarkan negara dari pandemik Covid19 melalui pelan pemulihan negara acuan Keluarga Malaysia yang diilhamkan sendiri oleh beliau. 
 
Ratib ‘Zahid PM’ menjadi modal murahan kempen PRU15 untuk mengaitkan kononnya negara akan diperintah oleh Zahid yang ada kes mahkamah. 
 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berulang kali menegaskan bahawa jika BN menang PRU15, Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri.  
 
Lawan BN sentiasa melemparkan fitnah dan propaganda mengenai hubungan Zahid dan Ismail Sabri yang dikatakan tidak senada dan Zahid sebagai Pengerusi BN akan menjadi PM jika BN menang. 
 
Ahli UMNO akar umbi dan penyokong BN serta pengundi dinasihatkan tidak terpengaruh dengan propaganda musuh BN

No comments:

Post a Comment