Saturday 4 February 2023

BERUSAHA DENGAN SEMANGAT LUAR BIASA

 
Kita ingin menjadi orang hebat. Menjadi individu berjaya. Berjaya mencapai sesuatu yang cemerlang.
 
Berusahalah sampai berjaya. Kejayaan tidak ada hadnya. Ia bersifat infiniti. Lakukan yang terbaik.
 
Pun begitu, mencapainya tidak bermakna kita mesti berlawan dengan individu lain. Banyak perkara berkaitan kejayaan sebenarnya dilakukan bukan dengan berlawan. Kejayaan boleh dicapai mengikut cara berbeza.
 
Orang biasa-biasa juga boleh berjaya. Apa yang penting mesti ada kemahuan yang kuat. Perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah menyerah kalah.
 
Untuk berjaya kita kena bijak. Namun, tidak perlu tunjuk bijak. Tidak perlu berkongsi kemampuan dan usaha kita kepada orang lain di media sosial. Tidak pamer diri secara berlebih-lebihan.
 
Di media sosial, tidak kisahlah menjadi orang kecil. Tidak kisah dipandang bodoh atau kurang. Pandangan orang tidak menjadikan kita bodoh dan kurang berjaya.
 
Tidak perlu kita berlumba-lumba bercakap tentang kehebatan diri. Biarlah orang lain ingin mempamerkan kehebatan dan kekuatan mereka. Berikan kepada mereka.
 
KIta pilih untuk layak jadi gembira sebagai orang tenang beriman dan jauh dari kemasyhuran.
 
Kita tidak perlu cerita kepada orang lain bahawa kita ada itu dan ini, berbangga diri dengan kelebihan yang kita ada dengan niat untuk merendahkan orang lain.
 
Tetapi cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita ada keupayaan dan kekuatan untuk laksana perkara-perkara penting dalam hidup kita. Jangan kita dipergunakan untuk kepentingan orang lain. 

No comments:

Post a Comment