Tuesday 9 January 2024

KARIPAP DISAJIKAN SETIAP KALI MESYUARAT

 
Aku mula menjadi penjawat awam pada 1985. Masa tu aku dilantik sebagai tutor di UPM (ketika itu dikenali Universiti Pertanian Malaysia). Kemudian aku ke Amerika Syarikat  sambung belajar. Selesai master pada 1988 aku balik dan dilantik pensyarah di UPM.
 
Tahun 2003 aku dilantik Ketua Jabatan, kemudian 2007 aku dilantik Timbalan Dekan Akademik dan HEPA, 2011 aku dilantik jadi Dekan hingga 2019.
 
Pada 2020 aku dilantik Pengarah Pusat Pemajuan Bahasa dan Komunikasi, 2021 dilantik semula menjadi Dekan, kemudian 2022 jadi Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat sehinggalah aku pencen pada 2023.
 
Jadi di sepanjang aku menjadi penjawat awam sama ada sebagai tutor, pensyarah biasa atau pemegang jawatan pentadbir ni aku dah terlibat dengan ribuan mesyuarat kecil dan besar.
 
Dan di sepanjang penglibatan itu aku perhatikan dalam hampir 95 peratus mesyuarat tersebut mesti disajikan karipap. Ini daripada pemerhatian akulah.
 
Memang ada juga disajikan makanan lain tetapi karipap tetap tak tinggal. Jadi aku nak tanya kenapa karipap? Adakah karipap itu sudah jadi kueh rasmi mesyuarat di Malaysia? Atau adakah usahawan karipap tu yang taja mesyuarat kita?
 
Kadang-kadang hati kecil ku tertanya-tanya juga. namun tiada jawapannya. Aku pulak bukan pemuja atau peminat tegar karipap. Sebagai orang Kedah aku lebih tertawan dengan sepupu karipap iaitu sepera.
 
Kisah disalin daripada FB
 

No comments:

Post a Comment