Sunday 31 March 2024

MESIN RETORT TINGKATKAN KETAHANAN MAKANAN

 
Mesin retort berfungsi untuk proses perawatan haba bagi mematikan kuman “sterilize” secara kombinasi tindakan suhu dan tekanan tinggi bagi membunuh serta memusnahkan kuman dan sporanya agar ketahanan produk menjadi panjang.
 
Produk yang sudah menjalani proses retort boleh disimpan dan dijual pada suhu biasa dengan tempoh penyimpanan sehingga dua ke lima tahun.
 
Penggunaan mesin retort amat membantu pengusaha makanan yang ingin meningkatkan jangka hayat makanan agar tidak basi atau tidak rosak. Penggunaan mesin retot membuka peluang  usahawan mengeluarkan produk berkualiti bukan sahaja bagi pasaran tempatan tetapi juga luar negara.
 
Mesin retort terdapat pelbagai ukuran dan kepasiti. Pengusaha boleh membelinya mengikut kepasiti penggunaan. Ada yang berharga serengah RM1000 untuk satu unit sehinggalah berpuluh-puluh ribu dan mungkin lebih daripada itu.
 
Sesiapa yang ingin membelinya boleh mendapat khidmat nasihat pakar mengenainya. Banyak pihak yang menjualnya, termasuk secara dalam talian di platform e-niaga. Banyak pilihan dan boleh mencari mengikut kesesuaian yang diingini.

No comments:

Post a Comment