Friday 10 May 2024

EDDLEE FRIED CHICKEN JENAMA AYAM GORENG TEMPATAN

 
Eddlee Fried Chicken (EFC) merupakan jenama ayam goreng tempatan terkenal di Kelantan. Biarpaun tidak sehebat jenama ayam goreng antarabangsa, EFC tetap mempunyai penggemar atau peminat tersendiri.
 
Operasi EFC bermula pada tahun 1987 dengan penjualan di pasar-pasar malam. Ia kemudian berkembang dengan membuka kedai atau kios dan kini berstatus restoran apabila membolehkan pelanggang makan dan minum di situ.
 
EFC yang kini mempunyak 14 cawangan restoran yang beroperasi di sekitar Kota Bharu terus fokus dalam mengekalkan rasa yang tersendiri selain harga murah. Biarpun telah beroperasi di bangunan berstatus restoran yang selasa, harga ayam EFC Fried Chicken kekal pada standard ‘harga pasar malam’ iaitu RM3.30 seketul sebelum cukai jualan dengan saiz ayam standard.
 
Dengan rasa dan kualiti terbaik, serta harga yang mampu beli, EFC menyasarkan pembeli dari segenap lapisan dan tidak tertumpu pada sesuatu kelompok sahaja.
 
EFC mempelawa penggemar ayam goreng untuk cuba merasai keenakan produk tempatan yang operasinya dikendalikan sepenuhnya oleh orang tempatan tanpa ragu-ragu.
 
Sokong jenama tempatan dan dimiliki sepenuhnya oleh peniaga muslim adalah satu jihad ekonomi yang perlu disertai oleh setiap orang.
 
Eddlee Fried Chicken, dimiliki oleh Eddlee Ismail.

No comments:

Post a Comment