Friday 21 June 2024

PASAR TERAPUNG PULAU SURI

 
Pasar Terapung Pulau Suri (dahulunya dikenali Pasar Terapung Pantai Suri) beroperasi di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. Pulau Suri merupakan salah satu daripada 33 buah pulau yang terletak di Delta Sungai Kelantan di bahagian jajahan Tumpat.
 
Atas usaha penduduk, Pulau Suri telah dibangunkan sebagai pasar terapung untuk menarik pengunjung menikmati suasana pasar terapung seperti di negara jiran.
 
Pelbagai jualan dan barangan yang berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional, pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari negara jiran yang turut dijual di sini. 
 
Pasar Terapung Pulau Suri menjadi tarikan pengunjung bukan sahaja dari Kelantan, bahkan dari luar Kelantan. Pasar tersebut beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu bermula 08.00 pagi sehingga 05.00 petang. Pada hari Jumaat disediakan bot untuk ke masjid berdekatan.
 
Untuk pengunjung datang ke Pasar Terapung Pulau Suri perlu menaiki bot sama ada di Jeti Kuala Besar yang berada di jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat. 
 
Perkhidmatan bot tidak berjadual itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, bahkan juga ke destinasi lain di kepulauan tersebut. 










Terima kasih pemilik asal gambar. 

No comments:

Post a Comment