Monday, 11 November 2024

KARNIVAL BAKAT DAN KERJAYA MURID ORANG ASLI

 
Setiap pelajar ada bakat dan kebolehan masing-masing. Apa yang penting perlu diberi peluang dan dikembangkan bakat itu. Tidak kisahlah status, asal, kaum atau di mana mereka berada. Semua ada keistimewaan tersediri.

Inilah dibuktikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya apabila turut menyertai Karnival Bakat dan Kerjaya Murid Orang Asli yang berlangsung di SMK Tengku Indera Petra, Gua Musang.

Karnival anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Institute For Democracy and Economics Affairs (IDEAS) serta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi peluang kepada pelajar Orang Asli untuk mempamerkan dan mengembangkan bakat yang dimiliki.

SMK Panggung Jaya telah menghantar Team Robotik menyertai karnival tersebut.

SMK Panggung Jaya merupakan sekolah khusus Orang Asli yang menyediakan pendidikan kepada pelajar dari kalangan Orang Asli seluruh Kelantan. SMK Panggung Jaya terletak di Kampung Panggung Lalat, Kuala Betis, Gua Musang. 

No comments:

Post a Comment