Dalam kesibukan harian, badan
dan minda kita memberikan tanda bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk rehat.
Ia adalah proses penjagaan diri sendiri untuk kembali pulih bertenaga. Tapi
ingat, penat bukan alasan untuk kita berhenti sepenuhnya, ia adalah isyarat
bahawa kita hanya perlu berehat.
Rehat dapat melapangkan fikiran, merehatkan
badan dan menghilangkan tekanan perasaan yang terkumpul. Ia juga melibatkan
penjagaan spiritual dan fizikal yang sihat. Dalam erti kata lain, ia memulihkan
fizikal dan memperbaiki keadaan mental yang keletihan.
Maka, berehat secukupnya untuk memulihkan
tenaga boleh mengurangkan rasa letih dan lesu. Berehat dapat membantu anda
merehatkan badan seterusnya memulihkan minda pada tahap optimum.
Kurang berehat boleh menyebabkan anda
diserang sakit kepala, kurang bermaya dan sakit leher. Ini akan mempengaruhi
prestasi kerja anda. Pastikan tubuh badan anda mendapat rehat yang secukupnya
supaya ia mampu memberikan anda tenaga, kesihatan dan keupayaan yang diperlukan
setiap hari.
Ambil peluang cuti hujung minggu dan peluang bercuti untuk
menikmati aktiviti santai yang anda sukai. Sama ada tidur sedikit lebih lama,
menikmati minuman kegemaran sambil membaca buku, pergi melancong, melakukan aktiviti bersama keluarga atau sekadar duduk bersantai
menikmati suasana. Ini semuanya adalah bentuk rehat yang boleh membantu.
Berehat bererti menghentikan seketika beban
tugas atau aktiviti yang biasa dilakukan. Memang ia “merugikan” kerana
menghentikan perkara baik yang dilakukan. Namun, hidup bukan tentang seberapa
cepat kita sampai ke destinasi, tetapi bagaimana kita menikmati setiap langkah
di sepanjang jalan.
No comments:
Post a Comment