AFA Prime Berhad, syarikat yang mengendalikan Lebuhraya
KL-Karak (KLK) sedang melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak untuk
keselesaan pengguna.
Projek pelebaran itu melibatkan jajaran dari KM19.2 hingga
KM64.5, antara Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong. Tempoh pembinaan selama 48
bulan yang dijangka bermula suku kedua 2025.
Skop kerja yang terlibat ialah pemotongan cerun, penaiktarafan
sistem perparitan dan pembinaan tembok penahan.
Turut dilaksanakan pelebaran bahu jalan daripada 2.5 meter
kepada 3 meter untuk pengaktifan lorong pintar semasa waktu puncak.
Turut dibina ialah lapan petak kecemasan baharu. Selain itu,
penambahbaikan sistem pencahayaan malam juga ditingkatkan dengan penambahan lampu
sorot baharu dan penyusunan semula lampu sedia ada
Projek ini dilihat penting dilaksanakan memandangkan KLK adalah adalah laluan strategik yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur.
Projek ini dilihat penting dilaksanakan memandangkan KLK adalah adalah laluan strategik yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur.
Projek ini dijangka meningkatkan kapasiti dan keselamatan, mengurangkan
kesesakan dan meningkatkan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan infrastruktur
lebuh raya.
No comments:
Post a Comment