Saturday, 3 May 2025

JETI TUMPUAN PEMANCING DI MUARA SUNGAI KELUANG BESAR

 
Pemancing suka memilih lokasi memancing yang selesa dan santai, selain peluang untuk mendapat ikan tinggi. Satu lokasi yang menjadi tumpuan pemancing ialah di muara Sungai Keluang Besar yang terletak di antara Bukit Keluang dan Bukit Bubus.
 
Kawasan itu memang menjadi pilihan pemancing, terutama pada waktu petang. Suasana di muara yang dipengaruhi air pasang dan air surut menjadi tumpuan ikan untuk mencari makan di situ. Ia ditambah pula di kawasan itu juga tempat pertemuan Sungai Keluang Besar dan Sungai Keluang Kecil.
 
Terdapat jeti yang menjadi pilihan pemancing untuk memancing dengan selesa dan dapat berkumpul bersama-sama. Ada pemancing yang datang dengan niat santai dan mengisi masa sebelah petang tanpa menumpukan sangat tentang mendapat ikan atau tidak.
 
Pemandangan yang cantik dan suasana damai menjadikan aktiviti memancing menjadi seronok biarpun tanpa mendapat ikan. Kalau mendapat ikan, banyak pula tu, tentu lebih menyeronokan dan puas hati.

No comments:

Post a Comment