Di
Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian jenis ubi, kadang-kadang ada yang
tidak pernah dengar namanya. Biasa yang kita lihat ialah ubi kayu dan ubi
keledek.
Namun,
bagi penduduk di kawasan pantai timur, nama ubi itik memang tidak
asing lagi.
Ubi
itik tidak sama dengan ubi torak, biarpun ada sedikit persamaan. Bentuk ubi
itik seakan kaki itik. Dari tangkai ia akan berkembang membentuk seperti kaki
itik. Manakala ubi torak bentukya seakan buah binjai.
Ubi
ini rasanya manis dan tekstur gembur. Jadi, ia sesuai untuk direbus dan dibuat
pengat.
Namun,
dalam kes tertentu, rasanya sedikit rasa pahit dan isinya juga sedikit berurat. Ia
biasanya berlaku kepada ubi yang terbantut tumbesarannya. Ubi dalam kategori
ini sukar menjadi empuk apabila direbus.
Pokok
ini hidup menjalar dan memerlukan kayu pancang untuk menjalar. Daun seakan daun
sirih dan mempunyai batang yang berduri.
Tanaman ubi
itik ini dipercayai mengambil masa selama 6 bulan bagi mendapatkan
hasilnya dan yang menariknya ubi itik ini mempunyai musim menanam dan musim
menuainya yang tersendiri.
Namun,
di Kelantan ubi itik dan juga jenis-jenis ubi lain biasanya dituai pada musim
tengkujuh. Ini kerana untuk mengelak ubi menjadi carak atau rosak jika terendam
lama di dalam air.
Tambahan
pula, pada musim tengkujuh permintaan terhadap pelbagai jenis ubi, termasuk ubi
itik agak tinggi.
No comments:
Post a Comment