Thursday, 19 November 2026

CARA MENGGALAKKAN BUNGA KERTAS BERBUNGA

 
Cara menggalakkan bunga kertas berbunga.

Pokok bunga kertas atau bougainvillea cantik dipandang apabila mengeluarkan bunga pelbagai warna dan bentuk mengikut ID masing-masing.

Untuk menggalakkan pokok bunga kertas mengeluarkan bunga, penggunaan baja bunga kertas adalah epnting untuk membekalkan nutrien penting yang merangsang pembungaan yang lebat, mencerahkan warna brakta, dan mengekalkan kesihatan pokok.

Baja bunga akan menggalakkan pembungaan yang lebat dan membantu pokok mengeluarkan kuntuman atau brakta dengan lebih kerap dan meriah.

Kandungan baja yang cukup akan menjadikan warna bunga atau brakta lebih terang, pekat, dan tahan lama.

Baja bunga yang berada di pasaran membekalkan nutrien khusus yang menyediakan unsur nutrien makro dan mikro yang sesuai untuk fasa pembungaan tanpa merangsang pertumbuhan daun secara berlebihan.

Selain berfungsi menghasilkan bunga, baja tersebut juga berperanan menjaga kesihatan pokok. Untuk berbunga dengan lebat, pokok perlu kuat dan sihat sama ada yang ditanam di dalam pasu atau di atas tanah.

Kekerapan membaja adalah setiap 10 hingga 14 hari sekali mengikut jenis baja dan kesuburan tanah.

Taburkan baja jauh sedikit dari pangkal batang (di sekeliling pasu atau zon akar) dan siram air selepas membaja.

Baja bunga kertas di Shopee.

No comments:

Post a Comment