Beginilah rupa bentuk permukaan batu karang
yang dilihat menggunakan mikroskop elektron. Keadaan ini menyebabkan pesakit
batu karang mengalami kesakitan yang teramat sewaktu kencing.
Penyakit batu karang atau turut dikenali
sebagai renal calculi adalah keadaan di mana wujud jisim pepejal
berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada
buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat
sepanjang saluran air kencing anda.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang
ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.
Batu karang atau karang ginjal itu
terbentuk di dalam saluran kencing kerana urin telah menjadi tepu dengan
pelbagai jenis mineral. Keadaan itu menjurus pula kepada pembentukan dan pengumpulan
kristal di dalam buah pinggang.
Sebahagian besar daripada batu karang itu
terdiri daripada mineral kalsium oksalat (CaOx) dan kalsium fosfat (CaP).
Selain itu, batu karang yang terdiri daripada asid urik, struvit dan sistina
juga lazim ditemui pada pesakit batu karang.
Individu yang mempunyai sejarah penyakit
kencing batu karang perlu minum air dengan mencukupi dan bersenam dengan kerap.
Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan yang panas.
Jika air kencing anda berwarna jernih, itu
mungkin bermaksud anda minum air dengan mencukupi, sekurang-kurangnya tiga
liter sehari. Minuman seperti jus buah, teh dan kopi juga termasuk di dalam
kuota 3 liter tersebut. Namun, sudah tentulah air yang terbaik ialah air putih
atau air kosong.
No comments:
Post a Comment