Ada dikongsikan tentang pengurusan
perbelanjaan dibuat satu keluarga dengan gaji si suami RM8000 sebulan. Dengan
gaji sebanyak itupun masih perlu berjimat dan mengurusakan dengan berhemah.
Bagaimana dengan mereka berpendapatan kurang daripada itu? Sekadar RM2000
sebulan!
Ini kira-kira atau perbelanjaan keluarga tersebut:
- Gaji suami - RM8,000
- Lepas tolak beberapa potongan gaji bersihnya tinggal RM6,000 sahaja.
- Puan R ada 4 orang anak.
- 3 orang sudah bersekolah dan 1 orang lagi masih berumur 4 tahun.
- Dia orang tinggal di Lembah Klang di sebuah apartment.
- Kenderaan mereka adalah Proton Exora.
Menurut Puan R, inilah pecahan belanjawan bulanan mereka
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
- Kereta: RM850
- Rumah: RM600
- Barang Dapur Kering: RM450
- Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
- SSPN ANAK: RM200
- Van Sekolah ANAK: RM100
- Yuran Ngaji ANAK: RM60
- Yuran Tusyen ANAK: RM200
- Belanja sekolah ANAK: RM624
Total: RM3,984
UTILITI
- Coway: RM130
- Elektrik: RM80
- Air (bayar untuk meter pukal): RM40
- Astro: RM90
- Petrol: RM200
- Unifi: RM150
Total: RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
- Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
- Hibah: RM200
Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
- Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
Kesimpulannya, persatuan perbelanjaan keluarga Puan R adalah
- 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
- 11.5% digunakan untuk Utiliti
- 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
- 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
- 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
- Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
Dari segi perbelanjaan ini nampaknya belanjawan Puan R lebih kepada anak dan barang asas. Menurut Puan R untuk cover benda tu Suami kena buat kerja lebih masa (OT). Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada mereka terpaksa meminjam.
Apa yg kita boleh belajar di sini adalah sangat penting untuk kita ada skill tambah pendapatan. Kalau kita ada skill tambah pendapatan, dapatlah kita elakkan diri daripada meminjam demi menampung kehidupan kita.
Kredit : Azhar Mokhtar
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment