Bapa mentua aku tinggal bersama aku. Kata
suami aku, elok bapanya tinggal bersama kami kerana di kampung bapa mentua aku
tinggal seorang sahaja.
Ibu mentua aku telah meninggal dunia
beberapa tahun lalu. Manakala adik beradik suami aku semua telah berkeluarga
dan tinggal di tempat lain.
Bapa mentua aku pesara tentera. Berumur
sekitar 60-an. Namun keadaan kesihatannya masih baik. Tidak mengalami atau
mengidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Keadaan kesihatan yang baik itu mungkin kerana amalan menjaga kesihatan yang
diamalkan sejak dalam perkhidmatan tentera lagi.
Mengikut apa yang diceritakan bapa mentua
kepada aku, dia masa dalam perkhidmatan tentera dahulu berkhidmat dalam tentera
darat. Katanya dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Dia berbangga menjadi sebahagian rakyat
yang berjuang menentang pengganas komunis. Banyak operasi yang dia sertai.
Boleh dikatakan hutan di seluruh pelusuk negara telah dia redah demi membela
dan mempertahankan negara tercinta.
Setiap kali menyertai operasi, padanya
tidak ada rasa takut atau gentar biarpun ramai rakan yang terkorban dan
tercedera. Segala-galanya diserahkan kepada takdir. Apa yang penting kedaulatan
negara perlu dipertahankan dengan penuh jiwa raga.
Sebab itu, apabila ada pihak yang mendakwa
komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar, bapa mentuaku akan marah. Dia
berasa dirinya terhina dan pengorbanannya tidak dihargai.
Jika, komunis dianggap pejuang, apa pula
gelaran untuk tentera? Salah satu pihak perlu dianggap sebagai musuh. Takkanlah
tentera pula yang hendak dianggap atau dipanggil sebagai musuh?
Katanya, golongan muda hari ini perlu bijak
menilai sejarah. Jangan kerana ingin menyokong pihak tertentu, mereka ingin
mengubah sejarah.
Golonan muda hari ini tidak melalui saat
gentir menuntut kemerdekaan dan melalui zaman darurat yang dicetuskan oleh
pengganas komunis. Mereka ini pengkhianat kepada negara. Tindakan mereka perlu
dikutuk dan dipersalahkan atas apa yang telah dilakukan pada masa dahulu.
Aku sentiasa menjadi pendengar setia
kisah-kisah pejuangan bangsa Melayu dan Askar Melayu menpertahankan negara.
Kadang-kadang berulang-ulang cerita sama yang diberitahu. Macam satu iklan
seorang datuk dengan cucunya mengenai cerun nak runtuh. Banyak kali datuknya
bercerita kepada cucunya tentang perkara itu.
Namun, aku tidak pula bosan mendengarnya.
Tidak kisahlah sudah berapa kali dia ulang cerita itu. Aku tetap setia
mendengarnya. Macam juga melihat cerita-cerita Tan Sri P Ramlee yang tidak
jamu-jamu biarpun telah berpuluh dan mungkin juga beratus kali menontonnya.
Hubungan dengan bapa mentua memang mesra
dan rapat. Aku hormat dan sayang bapa mentua. Aku cukup berasa puas dapat
melayan mendengar cerita bapa mentuaku.
Sekurang-kurangnya aku tidak sunyi sangat
ketika berada di rumah. Dari cerita-cerita itu aku dapat tahu tentang sejarah
negara dan pada masa sama lahir dalam diri rasa cinta kepada negara dan
menghargai sumbangan generasi terdahulu.
Satu lagi yang aku kenal tentang sikap bapa
mentua aku ialah dia kuat main. Mengikut ceritanya, masa muda dahulu dia aktif
bermain bola sepak, sepak takraw badminton dan ragbi. Dia menjadi pemain
mewakili RAMD dalam pertandingan antara kor.
Sebab itu, pada setiap petang pasti dia
akan keluar bermain di padang permainan dekat dengan rumah aku. Tidak kisahlah
dengan siapa dia bermain asalkan dapat bermain.
Dengan kanak-kanak pun dia bermain. Kalau
tidak ada sesiapa yang boleh dia buat rakan bermain, akulah yang dijadikan
sasaran untuk bermain.
Biasanya aku bermain badminton dengan bapa
mentua aku. Itupun permainan yang boleh aku main dengan bapa mentuaku.
Takkanlah nak main bola sepak pula.
OK lah. Rasanya itu sahaja cerita aku
mengenai bapa mentua yang kuat main. Semoga mendapat manfaat coretan cerita
ini, terutama berkaitan kisah perjuangan tentera mempertahankan negara.
Cintailah negara kita dan hargai jasa
pengorbanan generasi dahalu mempertahankan negara, terutama kepada anggota keselamatan.
No comments:
Post a Comment