Monday 26 December 2016

AKIBAT MELAYU BERPECAH

Melayu perlu bersatu dan terus mempertahankan kedudukan sebagai penguasa di Malaysia. Pada masa yang sama, peluang untuk memperkukuhkan penguasan ekonomi perlu dilakukan segera.

Sikap Melayu yang berpecah sesama sendiri memberi kesan buruk.  Permusuhan sesama sendiri memberi ruang bangsa lain mengambil alih penguasaan Melayu dalam politik. Apa yang berlaku seperti menang sorak, kampung tergadai. 

Akibat persengketaan sesama sendiri, banyak potensi, masa dan peluang dipersia-siakan begitu saja. Apa yang diharapkan untuk keadaan lebih baik terlepas begitu saja.

Pada masa yang sama, tentu ada bangsa lain mengambil peluang untuk berkuasa.

Sedangkan orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi. Masih bermusuhan sesama sendiri. Malah ada Melayu sanggup membantu bangsa lain untuk mengambil alih kuasa pemerintahan Melayu.

Kisah sejarah silam ada orang Melayu menjadi pengkhianat sehingga Melayu hilang kuasa nampaknya berulang kembali. Mereka lebih rela bangsa sendiri dihina dan diperlakukan perbuatan biadap.

Sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan dikuasai Melayu, tidak mustahil bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri mesti dari kalangan Melayu atau Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Cita-cita bangsa lain untuk menguasai tampuk pemerintahan negara tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka melakukan perancangan sejak sekian lama.  

Perkara ini semakin menjadi kenyataan apabila ada Melayu yang membantu hasrat itu.

Ada Melayu yang selama ini berjuang berpuluh-puluh tahun dalam satu parti yang sinonim dengan mereka, sanggup meninggalkan parti semata-mata ingin bersama-sama dengan dengan bukan Islam, biarpun bukan dalam satu parti.  

Mereka menubuh parti baru untuk membolehkan bersatu dalam gabungan parti untuk menumbangkan pemerintahan dan penguasaan Melayu Islam di Malaysia.

Secara konsepnya, tindakan itu tidak menyalahi undang-undang. Maka tidak ada yang boleh disalahkan secara undang-undang. Namun, secara moralnya, perbuatan itu satu pengkhianatan kepada bangsa sendiri demi kepentingan diri. 

Mereka seperti merestui tindakan biadap individu yang bersikap biadap kepada pemimpin Islam. Malah, mereka sanggup menggadai maruah diri dijadikan boneka pihak lain untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka mencari pelbagai alasan untuk menghalal perbuatan yang dilakukan.  

Perbuatan itu diperhatikan pihak luar yang memperlihatkan bahawa pemimpin Islam sanggup melanggar sumpah dan janji semata-mata ingin turut bersama dengan mereka.

Jika dalam soal hukum hakam agama mereka boleh berkompromi, maka tidak pelik jika dalam perkara lain mereka juga boleh bertolak ansur untuk menjatuhkan kuasa Islam di Malaysia.  

Mereka menjadi patung wayang kulit yang setiap pergerakan dan suara ditentukan oleh pihak lain.

No comments:

Post a Comment