Thursday 25 January 2018

MENORA SENI TRADISI MASYARAKAT SIAM

Menora adalah persembahan tradisi masyarakat Siam yang tinggal di Malaysia, khusus di Kelantan, Kedah dan Perlis.

Terdapat beberapa versi berkaitan dengan asal menora. Namun, tidak diragui bahawa menora berasal dari Selantan Thailand yang pada masa dahulu pernah dikuasai kerajaan dari Tanah Melayu.

Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu.

Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Dramatari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian.

Menora banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha. Ini kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha.

Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan.

Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah.  

Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan peran.

No comments:

Post a Comment