Wednesday 20 June 2018

JUMLAH NEGARA DI SELURUH DUNIA

Berapa jumlah negara di dunia ini? Jawapannya tidak hanya satu angka. Jumlah negara perlu dilihat pada maksud atau definisi negara itu sendiri. Mengikut statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terdapat 193 buah negara berstatus sovereign states (negara berdaulat).

PBB mendefinisikan negara berdaulat sebagai sebuah wilayah yang memiliki sempadan wilayah, kerajaan, kedaulatan dan rakyat. Manakala, dua negara iaitu Vatican dan Palestin dikategori dianggap sebagai 'negara' UN Observer States (Negara Dalam Pemerhatian PBB)

Manakala terdapat enam negara yang mengiystiharkan bebas merdeka, tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada negara oleh negara lain. Negara tersebut ialah Taiwan, Sahara Barat, Kosovo, Ossetia Selatan dan Cyprus Utara. Negara-negara ini mendapat pengiktirafan negara lain biarpun tidak oleh semua negara. PBB juga mengiktiraf kewujudan negara berkenaan.

Satu lagi kategori negara dinamakan De Facto Sovereign State (Negara Berdaulat De Facto). Terdapat tiga buah negara dalam ketegori ini iaitu Nagorno-Karabakh, Transnistria dan Somaliland. Negara kategori ini tidak menerima pengiktirafan PBB, tetapi tetap berstatus negara.

Jadi, jumlah negara berdasarkan kategori di atas berjumlah 204 buah.

No comments:

Post a Comment