Friday 20 December 2019

CARA TANAM POKOK PERIA

Buah peria dikaitkan rasa pahit. Sebab itu, tidak ramai minat makan peria. Ironinya setelah diketahui mempunyai kaya khasiat, peminat peria semakin ramai.

Tidak hairan semakin ramai menanam peria. Malah, peria menjadi pilihan petani komersil kerana permintaan tinggi dan harga yang stabil sepanjang tahun.

Sebenarnya peria mudah tanam. Peria tumbuh subur di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang cukup. Elakkan menanam peria di kawasan ada naungan seperti di bawah pokok.

Penyediaan air cukup amat penting untuk peria membesar dengan subur. Peria adalah sejenis tanaman yang menjalar dan memerlukan para atau kayu sokongan untuk tanaman peria menghasilkan bunga dan buah.

Petani kecil-kecilan atau hobi pula akan menggunakan kayu junjung dari kayu hutan atau buluh yang disilangkan untuk pokok peria menjalar. 

Pokok peria perlukan cantasan dari peringkat awal penanaman dengan membuang dahan sisi terutama sekali di bahagian bawah.

Daun-daun tua yang ada di bahagian bawah juga perlu dibuang untuk menggelakan terlalu rimbun yang mana akhirnya akan menyebabkan serangan kulat.

Peria sesuai dimakan segar sebagai ulam dan juga dimasak sebagai sayuran.

Kandungan bahan charantin dalam peria membolehkan ia dianggap sebagai sayuran di mana ia mempunyai rasa pahit sebagai ubat. 

No comments:

Post a Comment