Saturday 19 September 2020

PEROSAK EJAAN BAHASA MALAYSIA

 
Lihat gambar di atas. Tentunya ia bukan ditulis oleh orang Melayu. Ejaan yang tidak langsung mencerminkan ia adalah bahasa Malaysia. Handak dikatakan bahasa pasar pun bukan. 
 
Ini kesan kepada kemasukan bangsa dari luar Malaysia. Tidak kisahlah secara sah mahupun haram. 
 
Usaha mereka menulis perkataan Malaysia mengikut tulisan dialek mereka memang dipuji. Sekurang-kurangnya mereka berusaha. Itu sudah boleh dianggap lebih baik berbanding rakyat Malaysia sendiri yang tidak mahu mendaulatkan bahasa Malaysia. 
 
Pengenalan kelas bahasa Malaysia, khususnya cara mengeja untuk orang asing patut diadakan. Cara itu dapat membantu mereka untuk menulis dengan ejaan yang betul mengikut maksud yang ingin disampaikan. 
 
Catatan: Siapa boleh faham ejaan tersebut, sila tulis di bahagian komen.


1 comment:

  1. Rumah Sewa

    1. Tidur sendiri RM150
    2. Suami Isteri RM 200
    3. Suami Isteri + kanak-kanak kecil RM250
    4.Orang tua RM150
    5.Sewa Malam, Cinta sama cinta RM50



    ReplyDelete