Sunday 30 May 2021

MAKSUD PENOKOK DIET

 
Tentu banyak yang tidak faham perkataan ‘penokok diet’. Perkataan penokok diet jarang digunakan dalam penulisan mahupun percakapan. 
 
Mengikut semakan Kamus Dewan secara dalam talian, perkataan ‘penokok diet’ ialah merujuk kepada produk yang mengandungi ramuan diet yang dimakan untuk menambah baik nilai pemakanan dalam diet sedia ada.  
 
Ramuan diet terdiri daripada satu atau gabungan antara bahan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba atau bahan botanikal lain.

No comments:

Post a Comment