Sunday, 6 June 2021

BUAH JAMBU BOL DIPANGGIL MALAY APPLE

Buah jambu bol (Syngium malaccense) merupakan sejenis pokok buah-buahan nadir yang juga di panggil sebagai "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka. 
 
Pokok jambu bol dikategorikan sebagai jenis buah nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. 
 
Jambu bol ada dimakan segar dan atau pun diproses menjadi halwa atau lain-lain produk. Rasanya masam manis. 
 
Pokok jambu bol mempunyai batang kayu yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Ia mempunyai banyak dahan yang kukuh kayunya (jenis kayu keras) yang boleh dipijak ketika memanjat tanpa patah. 
 
Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu, pink dan cantik jika diteliti. Buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak. 
 
Rasa buah jambu bol sangat masam semasa muda dan bertukar daripada rasa masam manis apabila masak. Isinya yang berwarna putih krim dan 'spongy' serta berair (juicy). 
 
Benih pokok jambu bol biasa ditanam menggunakan biji matang.

No comments:

Post a Comment