Monday 31 January 2022

NYAMUK BAWA BAHAYA

  
Nyamuk atau nama sainsnya ‘anophelese’ hidup di negara beriklim khatulistiwa dan tropika. Biarpun dari jenis serangga kecil dan tidak berbisa, nyamuk tergolong serangga berbahaya. Nyamuk boleh membunuh. 
 
Kesan bahaya nyamuk bukan disebabkan bisa yang dikeluarkan, tetapi bertindak sebagai vektor atau pembawa wabak penyakit. Bagaimanapun, bukan semua jenis nyamuk membawa penyakit. 
 
Nyamuk tidak menghasilkan sendiri virus atau kuman yang menyebabkan penyakit. Sebab itu, penyakit yang dibawa oleh nyamuk berlaku secara bermusim. 
 
Antara wabak penyakit berpunca bawaan nyamuk ialah malaria, filariasis (penyakit untut), deman denggi, deman denggi berdarah, deman kuning dan Japanese encephalitis (JE). 
 
Wabak penyakit ini mudah merebak dan boleh mendatangkan maut dalam masa singkat setelah dijangkiti. Sebab itu, sesiapa mengidap malaria, deman denggi, deman denggi berdarah dan JE perlu mendapat rawatan segera.  
 
Wabak penyakit bawaan nyamuk bukan sekadar masalah dalam negara. Ancaman penyakit ini boleh dikategorikan satu ancaman global menyerang hampir ke semua negara mengalami iklim khatulistiwa dan tropika. Kes wabak ini turut dicatatkan di negara maju dan mengamalkan piawaian kesihatan baik. 
 
Paling mudah untuk difahami, semua tempat akan terdedah kepada ancaman wabak bawaan nyamuk jika tempat terbabit sesuai dihuni dan pembiakan nyamuk. 
 
Kitaran hidup nyamuk yang pendek mudah menyebabkan pertambahan bilangannya jika ada tempat yang sesuai untuk membiak.   
 
Setakat ini boleh dikatakan hampir tidak ada vaksin khusus untuk menangai wabak penyakit bawaan nyamuk. Kalau adapun, kesan vaksinnya hanya untuk tempoh masa yang tertentu. 
 
Contohnya, vaksin untuk mencegah malaria yang diambil hanya mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat. Kesan vaksin itu juga bukan serta merta. 
 
Manakala tidak ada vaksin untuk mencegah deman denggi dan JE. Cara yang ada hanyalah dengan mengelak daripada digigit oleh nyamuk. Mangsa dijangkiti wabak perlu mendapat rawatan segera. 
 
Kelewatan mendapat rawatan boleh membawa maut dalam tempoh masa beberapa hari selepas dijangkiti virus.

No comments:

Post a Comment