Monday 14 February 2022

SEMASA SUNTIKAN TIDAK GUNA UBAT BIUS

  
Semasa proses suntikan, petugas kesihatan akan menggunakan tisu lembab yang apabila disentuh atau disapukan ke bahagian kulit akan terasa dingin. 
 
Banyak orang menyangka itu adalah ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit ketika suntikan dibuat. 
 
Sangkaan itu salah. Sapuan itu sebenarnya bukan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan. 
 
Sapuan itu adalah sapuan alkohol. Ia disapu di kawasn suntikan untuk membasmi kuman, agar ketika suntikan nanti, tiada kuman yang akan ikut masuk ke dalam badan. 
 
Pendek kata, ia untuk elakkan jangkitan kuman. 
 
Namun begitu, sapuan alkohol ni agak dingin, dan sesetengah orang akan mengaitkan ia dengan rasa kebas. Justeru, merasakan ia dapat mengurangkan kesakitan semasa suntikan.

No comments:

Post a Comment