Saturday 4 June 2022

PCAK PANTAS DEMI ASNAF

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bertindak pantas dan berimpak demi asnaf. SahabatPCAK berjumpa sekadar seketika di majlis tertentu.Tidak sempat bersembang panjang. Ada yang masih belum mengenali antara satu sama lain.Berjumpa sekejap dan terus di lokasi untuk membantu asnaf. Banyak yang perlu dilakukan. 
 
PCAK memerlukan lebih banyak individu yang sudi menjadi sahabat PCAK. Menjadi sukarelawan untuk membantu asnaf. 
 
Selain menjadi sahabat yang menyumbang tenaga menjayakan program, boleh menjadi sahabat PCAK menyumbang dalam bentuk wang, barangan dan sebagainya untuk asnaf. 
 
Dengan sumbangan yang diberikan, lebih banyak asnaf dapat dibantu dan mendapat manfaatnya. 
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment