Friday 1 July 2022

PANTAI TAPANG KAMPUNG KUBANG GOLOK

  
Pantai Tapang merupakan pantai peranginan baharu di Jajahan Bachok. Ia terletak di Kampung Kubang Golok, Daerah Perupok, Kedudukannya terletak tidak jauh dari Jalan Pengkalan Petah – Bachok. 
 
Seperti kebanyakan pantai di jajahan Bachok, Pantai Tapang menyajikan keindahan pantai pasir putih yang menarik dengan deruan ombak dan bayu laut yang mendamaikan. 
 
Nama Pantai Tapang adalah nama khas khusus kepada tempat tersebut sahaja. Nama kampung tersebut adalah Kampung Kubang Golok. 
 
Nama Pantai Tapang diberikan oleh pengusaha pantai tersebut yang berasal Kampung Tapang, Jalan Kadir Adabi, Kota Bharu. Selain nama Pantai Tapang, ia juga dikenali dengan nama Pantai Tapang D’Noor. 
 
Antara aktiviti yang sesuai diadakan di Pantai Tapang ialah mandi pantai, aktiviti tepi pantai, berkayak, berkuda, santai, BBQ, OOTD (bergambar di tempat khas disediakan) dan pelbagai aktiviti lain. 
 
Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas, surau, tandas, gerai makanan, membilas badan dan wakaf turut disediakan. Pantai ini sesuai juga dikunjungi pada waktu malam kerana ada sistem pencahayaan yang menarik. 



No comments:

Post a Comment