Tuesday 11 July 2023

RORO BAWA KENDERAAN KE PULAU LANGKAWI

 
Roro adalah sejenis feri yang membawa kargo beroda seperti kereta, van, trailer dan sebagainya. Perkataan roro adalah ringkasan bagi roll-on roll-off.
 
Roro digunakan sebagai pengangkutan membawa kenderaan ke pulau atau kawasan yang tidak boleh dilalui menggunakan jalan raya. Jarak perjalanan adalah dekat. Jika jarak pelayaran mengambil masa lama dan melepasi lautan luas, maka ia dikenali kapal.
 
Bentuk badan roro dengan kapal berbeza. Roro direka untuk perjalanan dekat yang tidak memerlukan kelajuan tinggi dan tidak melalui lautan luas yang bergelora. Berbanding kapal yang reka bentuk badan mementingkan ciri-ciri kelajuan dan ketahanan berdepan dengan gelombang besar di lautan luas.  
 
Antara perkhidmatan roro di Malaysia ialah yang membawa kenderaan dari Jeti Kuala Perlis dan Jeti Kuala kedah menuju ke Pulau Langkawi, dan sebaliknya
 
Roro ini bukan sahaja membawa kenderaan, tetapi juga membawa penumpang. Kawasan yang luas membolehkan penumpang berada dalam keadaan santai sambil menikmati pemandangan laut luas sepanjang perjalanan.
 
Bagaimanapun, masa perjalanan menaiki roro adalah lebih lama berbanding feri penumpang. Masa perjalanan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam sehala, berbanding hanya sejam hingga sejam setengah mengguna feri penumpang.
 
Kekerapan perjalanan roro juga sedikit berbanding feri penumpang. 

No comments:

Post a Comment