Sunday 25 June 2023

LAMAN 7 DI PANTAI SRI TUJUH TUMPAT

 
Laman 7 terletak berdekatan Pantai Sri Tujuh Resort, Tumpat antara lokasi baharu pusat rekreasi keluarga yang boleh dikunjungi.
 
Laman 7 diambil sempena nama Pantai Sri Tujuh yang terkenal sebagai pusat peranginan terkenal di Kelantan amnya, di Tumpat khususnya.
 
Di Laman 7 terdapat taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki, gelanggang bola sepak pantai dan landskap panorama menarik ini telah dibangunkan dengan pembiayaan Jabatan Landskap Negara dan diuruskan oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT).
 
Pengunjung boleh bersiar-siar santai bersama keluarga, menikmati angin pantai yang bersih serta menyegarkan.

No comments:

Post a Comment