Saturday 27 July 2024

SUNGAI MAHAKALI SEMPADAN NEPAL INDIA

 
Sungai Mahakali ialah sempadan antara Nepal dan India. Panjangnya kira-kira 252 kilometer yang mengalir dari Banjaran Himalaya. Ia mengalir melalui lurah-lurah gunung yang menjadi tanda sempadan dua negara. Di lurah dan tebing itu tidak ada penghuni atau petempatan penduduk.
 
Di satu tempat di sebelah India, ada bandar yang dikenali Dharshula, Uttarakhand.
Terkenal dengan budaya yang kaya dan tradisi yang meriah, bandar kecil Dharshula terletak di tengah-tengah daerah Pithoragarh di negeri Uttarakhand.
 
Bandar ini terletak pada ketinggian 915 meter dan merupakan destinasi utama di daerah Kumaon. Dharshula terletak di tebing Sungai Mahakali yang memisahkan India dengan Nepal.
 
Di sebelah Nepal yang bersetentang dengan Dharshula , bandar itu juga dikenali dengan nama Dharshula. Dengan kata lain, Dharshula ada dua iaitu di sebelah India dan satu lagi di sebelah Nepal yang dipisahkan oleh Sungai Mahakali.
 
Penduduk di kedua-dua Dharshula biarpun bernaung di bawah dua negara berbeza, namun mempunyai tradisi yang sama, budaya dan gaya hidup. Penduduk di kedua-dua tempat ini boleh dikatakan 100 peratus sama, melainkan hanya perbezaan kewarganegaraan. 
 
Menariknya, biarpun berada di dua negara berbeza, penduduk boleh bergerak merentasi sempadan tanpa pasport atau visa.

Gambar atas - tebing sebelah kiri India dan sebelah kanan Nepal. 


No comments:

Post a Comment