Sunday 4 August 2024

MASJID RKT RENOK BARU, GUA MUSANG

 
Di kawasan selatan Kelantan yang termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terdapat banyak kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).

Antara visi KESEDAR ialah menjadikan RKT KESEDAR sebagai rancangan tanah yang dibanggakan lengkap dan berkualiti serta mewujudkan masyarakat peneroka yang mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan pembangunan teknologi, ekonomi yang mampan, berdaya maju, bertakwa, sejahtera dan berwibawa.

Salah RKT di kawasan KESEDAR ialah RKT Renok Baru yang terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari bandar Gua Musang.

Sepertimana di petempatan RKT lain, masjid menjadi kemudahan atau tempat yang penting disediakan, selain sekolah dan jalan raya.

Tidak terkecuali di RKT Renok Baru, terdapat sebuah masjid yang luas dan selesa dibina di petempatan tersebut.

Masjid yang dibina melalui peruntukan KESEDAR itu telah dibina pada tahun 1984 di tapak seluas satu setengah ekar di satu lokasi atas bukit. Masid RPT Renok Baru telah dirasmikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 9 Ogos 1985, selaku Ahli Parlimen Gua Musang dan Menteri Perdangan dan Perindustrian Malaysia.

Kawasan masjid yang luas memberi keselesaan kepada pengunjung dan memudahkan sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan di masjid berkenaan. .

Binaan masjid berbentuk segiempat dan tidak mempunyai kubah tetapi mempunyai sebuah menara kecil untuk pembesar suara.


No comments:

Post a Comment