Friday, 20 November 2026

KHASIAT PISANG REBUS SEBAGAI MAKANAN RINGAN

 
Khasiat pisang rebus sebagai makanan ringan.

Pisang rebus ialah pilihan makanan ringan yang ringkas dan lebih sihat berbanding pisang goreng kerana tidak menggunakan minyak serta membekalkan serat, kalium, vitamin B6, vitamin C, dan pati resisten.

Walaupun disebut makanan ringan, pisang sebenar makanan yang mengenyangkan dan kaya khasiat. Di negara tertentu penduduknya menjadikan pisang sebagai makanan utama atau ruji.

Makan pisang dapat melancarkan pencernaan: Kandungan serat dan pati resisten membantu menyokong bakteria baik dalam usus dan mengurangkan sembelit.

Pisang kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat melambatkan rasa lapar, menjadikannya sesuai untuk dijadikan makanan ringan yang pada masa sama menggantikan hidangan lain.  

Pisang membekalkan tenaga secara semula jadi tanpa tambahan minyak atau gula.

Unsur kalium yang terdapat dalam pisang dapat membantu mengimbangi natrium dalam badan dan menyokong tekanan darah yang stabil dan keishatan jantung.

Pisang rebus mampu berfungsi mengawal gula darah lebih baik: Pisang yang direbus dalam keadaan belum terlalu masak mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding pisang masak berlebihan atau bergoreng.

Ia dapat menyokong sistem imun dan saraf kerana mengandungi vitamin C, vitamin B6, dan magnesium yang membantu fungsi imun, metabolisme, serta kesihatan otot.

Biarpun pisang rebus baik untuk kesihatan, bagi pengidap diabetes perlu mengawal pengambilan kalium dengan menghadkan makan pisang.

No comments:

Post a Comment