Thursday 14 December 2017

PENERAPAN DASAR WASATIYYAH KEPADA BELIA

Falsafah dan pendekatan wasatiyyah perlu ditonjolkan sebagai satu elemen utama dalam pengajaran dan pembelajaran bermula pada peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. .
Pendekatan itu merupakan antara inisiatif yang difokuskan menerusi pelan jangka panjang penerapan Dasar Wasatiyyah Negara (DWN) kepada golongan belia dalam menghadapi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

DWN memberi tumpuan kepada golongan belia melalui bidang strategik pertama iaitu pendidikan dan belia. Antara inisiatif lain adalah penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam pendekatan wasatiyyah dan pengalaman yang dapat direalisasikan.

Pemerkasaan generasi muda melalui penghayatan nilai-nilai wasatiyyah dalam usaha melahirkan belia seimbang dan berketerampilan bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

Bagi merealisasikan penghayatan wasatiyyah kepada generasi muda dalam menghadapi TN50, penekanan diberi kepada pembentukan nilai, pemikiran dan tindakan berdasarkan kepada prinsip 4K iaitu kesederhanaan, keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan.

Satu dasar dirangka dengan memberi tumpuan kepada enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia, ekonomi dan pembangunan, pentadbiran dan perundangan, perpaduan dan sosial, politik dan kenegaraan serta keselamatan dan pertahanan.

DWN diluluskan kerajaan pada 21 Okt 2016 selaras dengan matlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni.

Institut Wasatiyyah Malaysia diamanahkan kerajaan untuk membina DWN dan hanya institut berkenaan diberikan peruntukan untuk membangunkan DWN.

No comments:

Post a Comment