Sunday 17 December 2017

SEBAB HARGA DURIAN MAHAL

Harga buah durian sekarang mahal sangat. Pengalaman beli durian tiga atau empat biji RM10 seakan-akan tidak akan berulang lagi. Alasan biasa mengapa harga malah sebab belum musim buah durian dan bekalan kurang. Maka teori permintaan dan penawaran berlaku. Apabila permintaan meningkat, sedangkan penawaran tidak bertambah, maka harga akan meningkat.

Ada segelintir pihak yang tularkan dalam media sosial mencadangkan supaya guna kuasa pengguna iaitu boikot buah durian. Raja buah ini bukan diimport dari luar negara, macam mana harganya boleh melambung tinggi dan mengarut.

Malangnya, usaha boikot itu tidak menjadi. Lagi dibuat kempen, semakin ada pula orang ingin membelinya. Yang membeli itu berasa 'hebat' kerana membeli barang mahal. Makan durian sudah dianggap lambang kemegahan.

Satu lagi, itu lambang atau bukti kuasa membeli rakyat Malaysia tinggi. Ada orang mampu membeli makanan yang dianggap sudah terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Kalau semua orang pakat boikot, mahu rugi besar tauke durian. Durian tidak boleh disimpan lama, melainkan diawet beku. Tidak ada pilihan melainkan kena jual dengan harga lebih rendah.

Durian harga mahal bukan saja jenis klon, tetapi juga turut mendapat tempias kenaikan harga ialah durian kampung.

Walaupun buah durian kampung isinya nipis tapi bau­nya enak dan rasanya manis berlemak. Harganya baru antara RM10 higga RM20 sekilogram. Masih mampu beli.

Kepada mereka memiliki tanah, elok ditanam pokok durian. Pokok durian tidak sukar untuk ditanam dan dijaga. Jika dari baka 'baik' dan dijaga dengan elok, tempoh mendapat hasil pertama ialah empat atau lima tahun.

Kalau semua orang berfikir dan berpakat menjayakan projek tanaman Raja Buah ini di kawasan rumah mereka, soal harga durian mahal pada masa akan datang, bukan lagi menjadi isu. 

No comments:

Post a Comment