Friday 18 October 2019

PENGGANAS KOMUNIS BERTINDAK KEJAM

Sejarah mencatatkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pengganas. Aktiviti perang gerila atau guerrilla warfare yang bermaksud aktiviti serang hendap, serangan secara kecil-kecilan terhadap tentera dan masyarakat awam dan membuat kerosakan harta benda awam.

Aktiviti perang gerila PKM menyebabkan negara diiystiharkan Darurat 1948 - 1960. Banyak kematian di pihak tentera, polis dan orang awam, serta kemusnahan harta benda akibat perbuatan khianat PKM.

Antara yang menjadi mangsa kepada tindakan PKM ialah Ketua Polis Negara Ketiga iaitu Tan Sri Abdul Rahman Hasim yang mati ditembak pada 7 Jun 1974.

Manakala pada 13 Nov 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula mati ditembak.

Peristiwa lain angkara keganasan komunis ialah:
- Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.
- Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.
- Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.
- Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.
- Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.
- Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.
- Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
- Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.
- 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.
- Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
- Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

No comments:

Post a Comment