Friday 9 April 2021

SABAR HADAPI UJIAN HIDUP

Hidup ini dipenuhi ujian. Dengan ujian itu bakal menentukan siapa yang sebenarnya lebih baik amaannya. Jadi, jangan kita mudah berputus harap kurniaan Allah SWT apabila diuji.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Iagi Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun" (Surah al-Mulk, ayat 2).
 
Dalam menghadapi cabaran hidup, hendaklah kita meminta pertolongan Allah SWT. Yakinlah bahawa Allah SWT akan memberi balasan sebaik-baiknya kepada orang yang bersabar. Balasan kebaikan itu sama ada diterima di dunia, mahupun di akhirat.
 
"Wahai sekalian orang-orang yg beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang, kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar" (Surah al Baqarah, ayat 153)

No comments:

Post a Comment