Fahaman komunis
diperkenalkan Karl Marx pada 1847 melalui Manifesto Komunis pernah menjadi
anutan berbilion manusia. Namun, fahaman tersebut mula berkembang hanya pada
sekitar 1900, sesudah Marx meninggal berbelas tahun.
Hasil
Revolusi Perindustrian di negara-negara Eropah, semakin banyak mewujudkan
golongan yang tertindas dan menjadi mangsa kepada golongan yang rakus
menggunakan kekuasan dan kekayaan.
Berdasarkan
kepada kandungan Manifesto Komunis Marx itu telah mencetuskan beberapa siri
peristiwa yang membawa kesan memeranjatkan yang telah mempengaruhi kehidupan
seluruh masyarakat Eropah dan Amerika pada katika itu.
Pada
7 November 1917, kerajaan Rusia terpaksa berdepan tentangan pihak yang
memperjuangkan dasar fahaman komunis di mana kemuncaknya ialah penahanan
Perdana Menteri Aleksander Kerensky.
Mesyuarat
Kongress Soviet All-Russian pada malam itu yang mengundi pada pukul 5.30 pagi
telah mengambil keputusan memberi kuasa kepada Vladimir Iiyich Ulynov atau
lebih dikenali N. Lenin atau Nikolai Lenin sebagai pemerintah baru Rusia.
Dari
detik itulah, Lenin menukarkan Rusia kepada negara Komunis. Beliau yakin dan
komited untuk mengamalkan sepenuhnya Manifesto Komunis yang diperkenalkan oleh
Marx kira-kira 70 tahun sebelum itu.
Melalui
cetusan idea Marx, Lenin yakin banyak masalah yang dihadapi di Rusia dan
seluruh dunia dapat diselesaikan jika fahaman komunis dijadikan dasar
pemerintahan kerajaan.
Lenin menetapkan matlamat perlaksanaan fahaman komunis untuk membawa kepada ke
arah keamanan, kesejahteraan, kebebasan dan kegembiraan seluruh rakyat.
Sebenarnya,
fahaman komunis mula difikirkan oleh Marx apabila mendapati kesan buruk yang
timbul akibat Revolusi Perindustrian 1789.
Marx melihat kewujudan keadaan sosial, politik dan sistem ekonomi yang jelas
tidak adil dan kejam kepada rakyat kebanyakan, sedangkan sesetengah golongan
menikmati kemewahan yang begitu mudah hasil ekspoltasi tenaga buruh dan
penindasan berasaskan kedudukan.
Marx
begitu serius memikirkan tentang kesan yang berlaku pada pertengahan abad 19
yang pada pandangannya amat tidak adil di mana keadaan persekitaran pekerjaan
yang teruk, kadar upah yang rendah dan hidup pekerja yang tidak diperdulikan
tentang untung nasibnya.
Marx
memanggil golongan pekerja ini sebagai proleteriat, iaitu dari perkataan
berasal bahasa latin yang bermaksud warga miskin kelas paling rendah dalam
masyarakat Roman.
Manakala golongan pemodal pula dipanggil bourgeoise, iaitu kelompok kecil yang
mempunyai pengaruh ke atas pengusaha, saudagar kaya dan kelompok bangsawan.
Berdasarkan
kepada pengamatan Marx, dia amat berdukacita di atas eksplotasi pekerja yang
dilakukan oleh golongan kaya. Beliau melahirkan rasa kebimbangan bahawa pada
suatu hari akan datang di mana masyarakat pekerja di Eropah dan Amerika
Syarikat terdiri golongan yang tertindas jika situasi yang beliau amati itu
berterusan tanpa dilakukan perubahan ke arah cara lebih adil dan bertimbang
rasa.
Pada
masa yang sama Marx menjangkakan sekumpulan kaum pemodal pula akan berterusan
menikmati kemewahan hidup dari kekayaan yang diwujudkan dari keringat dan
tulang empat kerat masyarakat pekerja yang tertindas.
Sebenarnya
Marx merumuskan pendapat itu berdasarkan kepada apa yang berlaku di
sekelilingnya. Dia menganalisa dan mencari punca kepada terjadinya situasi
itu.
Rumusan yang dibuat adalah semuanya berpunca daripada sistem ekonomi yang
mengamalkan cara tidak sama rata dalam penguasaan tanah, mesin, kilang dan
pelaburan modal.
Pada
ketika itu, kedudukan pemodal yang kaya raya amat berkuasa menentukan
persekitaran ekonomi dengan menggunakan sepenuhnya kuasa menentukan tahap
pengeluaran dan penawaran, yang sekali gus dapat menentukan tingkat harga di
pasaran dan jumlah keuntungan yang diingini.
Hasil tindakan itu memberi tekanan kepada masyarakat
pengguna. Pekerja industri sendiri termasuk golongan yang tertindas akibat
hasil pekerjaan mereka sendiri.
Revolusi perindustrian hanya mendatangkan keuntungan besar kepada golongan
pemodal dan pengusaha, sedangkan golongan pekerja terpaksa hidup dalam keadaan
kemiskinan, hina dan berpenyaki tak ubah seperti nasib hamba.
Berdasarkan kepada keadaan itu, Marx mula memikirkan
bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengubahnya. Beliau mengkaji
pelbagai pendekatan yang dirasakan dapat menjadi jalan penyelesaian paling
berkesan kepada masalah sosial yang semakin teruk itu.
Setelah membuat kajian bertahun-tahun, akhirnya Marx
membuat keputusan bahawa jalan penyelesainnya ialah golongan pekerja perlu
memiliki sendiri perusahaan dan berkuasa menentukan sendiri segala yang
berkaitan dengan perindustrian.
Fahaman itu membawa kepada golongan pekerja telah
berusaha mengambil alih pemilikan tanah, mesin-mesin, kilang dan modal. Perkara
ini ditulis oleh Marx dalam Manifesto Komunisnya sebagai: “Hal terpenting
komunisme ialah merampas harta kaum bourguis.”
Dari situ, golongan pekerja akan memusatkan atau
mengumpul segala faktor pengeluaran dalam kuasa negara. Golongan pekerja
meletakkan taraf mereka seperti pemerintah yang mana menentukan sendiri hal
yang berkaitan dengan ekonomi negara.
Hasil daripada usaha itu maka wujudlah satu negara yang
mana masyarakatnya hidup hanya dalam satu kelas atau kelompok. Kehidupan rakyat
dirasakan lebih harmoni, tenang dan mengelak daripada timbul perasaan irihati.
Aliran fahaman yang dicetuskan oleh Marx ini sudah tentu
membimbangkan pemerintah dan golongan kaya yang merasakan kedudukan mereka
sudah pasti tergugat. Tambahan pula ia semakin berkembang dan mendapat sokongan
daripada golongan tertindas dalam sistem yang sedia ada.
Lebih membimbangkan lagi ialah apabila golongan dianggap
tertindas sudah bergabung tenaga dan sanggup melakukan kekerasan atau rampasan
kuasa untuk mencapai impian hidup sama rata yang diperjuangkan oleh fahaman
komunis itu.
Pada peringkat awalnya, Marx mempunyai keyakinan bahawa
apa yang dicetuskannya itu akan mula bangkit dan mencapai kejayaan awal di
Jerman. Manifesto yang ditulisnya itu dijangka menjadi pencetus semangat kepada
satu revolusi menyatakan kehendak sebenar golongan pekerja.
Lebih menyakinkan jangkaan itu akan menjadi kenyataan
ialah pada tahun 1848 telah berlaku keadaan huru hara di kebanyakan negara di
Eropah akibat pemberontakan rakyat menentang pemerintah.
Namun, ramalan Marx tidak menjadi kenyataan. Jangkaannya
mengatakan negara di Eropah, khususnya di Jerman dan England akan dikuasai
fahaman komunis tidak berlaku ketika hayatnya.
Sebaliknya, negara yang tidak dalam senarai
jangkaannya, iaitu Rusia telah diresapi fahaman komunis dan lahir sebagai
negara komunis pertama di dunia.
Hasil fahaman dan perlaksanaan amalan komunis telah berjaya melahirkan Rusia
sebagai negara maju dan kuat menyaingi negara-negara lain di Eropah, termasuk
Amerika Syarikat.
Beberapa dekad kemudian, fahaman komunis telah merebak ke
banyak negara Eropah, Asia dan sehingga ke negara-negara di benua Amerika
Selatan dan Amerika Tengah.
Negara-negara itu menjadi ancaman kepada negara dasar kapitalis yang diamalkan
oleh kebanyakan negara maju lain.
No comments:
Post a Comment