Friday 2 April 2021

KES HARUAN MAKAN ANAK

 
Penderaan seksual bapa ke atas anak perempuan adalah perbuatan tidak perikemanusiaan dan zalim. Terdapat kes bapa rogol anak sendiri, ayah cabul anak gadis. 
 
Ini dikatakan peribahasa haruan makan anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kejahilan anak sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan tabie.
 
Bapa sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah anak, tetapi berlaku sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak mereka.
 
Bapa sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah, abi atau gelaran lain yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok ditambah dengan perkataan syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis. Ayah bernafsu buas melepaskan kepada anak sendiri.
 
Sebenarnya, bapa yang bersikap demikian lebih hina daripada binatang. Haiwan tahu menjaga maruah anak. Haiwan yang tidak ada akal pun tahu menjaga anaknya.  
 
Bapa sepatutnya mengajar anak perempuan agar menjaga maruah. Pertahankan kesucian diri. Ini tidak, ayah pula yang menggatal dan ghairah terhadap anak perempuan sendiri. 
 
Mereka memusnahkan kehidupan anak sendiri. Masa depan anak gelap dan tidak tentu haluan.
 
Kes ayah cabul anak perempuan semakin bertambah. Mereka rogol anak sendiri kerana desakan nafsu iblis yang menguasai diri. 
 
Itu tidak termasuk kes bapa menggadai anak untuk puaskan nafsu lelaki buas disebabkan gagal membayar hutang. Anak dijadikan bahan dagangan. 
 
Memang wajar pesalah sumbang mahram dikenakan hukuman berat. Hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat tidak menakutkan mereka bernafsu iblis. Desakan dan keinginan memuaskan nafsu gila lebih menguasai fikiran. 
 
Sebenarnya, bapa yang melakukan penderaan seksual terhadap anak sendiri yakin bahawa perbuatan itu tidak akan dilaporkan kepada polis kerana mereka telah mengugut mangsa. Anak tentu sekali tidak mahu ayah dipenjara.
 
Bapa juga menipu anak kononnya itu perbuatan yang biasa dilakukan oleh bapa terhadap anak perempuan mereka. Maka, perbuatan itu tidak dianggap satu kesalahan. Kononnya itu tanda kasih sayang.
 
Lama kelamaan anak sendiri ketagih melakukan hubungan seks dengan bapa sendiri. Kes bapa main anak semakin banyak. Ada anak perempuan mengambil alih tugas ibu melayan nafsu ayah.
 
Sebab itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu tentang hubungan seks yang dibenarkan dan diharamkan. 

No comments:

Post a Comment