Tuesday 1 August 2023

Pelabur asing dijangka kembali ke pasaran saham tempatan

 
Pelabur asing dijangka kembali ke pasaran saham tempatan dengan jumlah pegangan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
 
Ketika ini jumlah pegangan asing dalam pasaran ekuiti tempatan adalah sebanyak 20 peratus, naik berbanding beberapa bulan sebelumnya.
 
Jumlah itu dijangka akan terus melonjak berdasarkan kepada trend semasa pasaran saham global di mana aliran pelaburan asing telah kembali semula ke pasaran baru muncul.
 
Hala tuju ekonomi yang lebih jelas juga melalui kerangka dasar Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa Pertama.
 
Jumlah pegangan pelabur asing dalam pasaran ekuiti tempatan ketika ini semakin meningkat dan aliran masuk pelabur asing telah kembali ke pasaran baru muncul termasuk Malaysia.
 
Malah naratif ekonomi yang lebih jelas oleh kerajaan juga akan menjadi faktor utama kepada pengukuhan pasaran ekuiti tempatan.
 
Dasar ekonomi yang lebih jelas ini juga bukan saja akan menjadi faktor pengukuhan pasaran ekuiti tempatan tetapi turut memberikan suntikan baru kepada pelaburan langsung asing (FDI) serta ringgit.
 
Secara keseluruhannya semua perkara itu akan bersama meningkat dan dapat menjadikan Malaysia kekal sebagai pasaran yang menarik.
 
Bursa Malaysia juga kekal teguh dalam memupuk pertumbuhan pasaran jangka panjang melalui peningkatan ekosistem merentasi pelbagai pasaran.

No comments:

Post a Comment