Monday 6 November 2023

AISKRIM MALAYSIA SEDAP, BANYAK RASA

 
Aiskrim Malaysia memang kemah. Ada pelbagai cita rasa dan tidak terikat dengan resipi. Inilah uniknya aiskrim Malaysia.
 
Tidak pasti siapa yang muala memberi nama aiskrim Malaysia. Adakah ia mula-mula “dicipta” di Malaysia dan kemudiannya dikenali dengan nama itu?
 
Mengikut maklumat dikongsikan seorang warga emas, ais krim tersebut telah ada sejak kira-kira 60 tahun lalu dan mungkin lebih lama lagi. Menurutnya, pada ketika itu ada penjual yang menggunakan air jeruk buah yang tidak dihabiskan ke dalam plastik panjang (seperti sekarang) dan dimasukkan juga sedikit jeruk tersebut, disimpulkan bahagian hujung plastik dan kemudian dibekukan.
 
Ada juga yang menggunakan air milo, bubur kacang, buah asam boi, cendol dan sebagainya untuk dijadikan aiskrim. Konsepnya mudah, masukkan air berperisa dan sedikit dalam bentuk asal, lalu dibekukan, maka jadilah aiskrim.
 
Dengan kata lain, aiskrim Malaysia sudah berada di pasaran Malaysia lebih 60 tahun lalu. Ia menjadi sebahagian produk kedai yang memiliki peti sejuk ketika itu. Pada masa itu ia dipanggil aiskrim batang. Harga setiap batang adalah 10 sen.
 
Sekarang ini aiskrim Malaysia semakin bervariasi. Macam-macam jenis rasa dan warna. Namun, ia tetap sama dalam bentuk dan bekas plastiknya. Itulah uniknya aiskrim Malaysia. Dipandang cantik, rsanya menarik.
Ais Krim Malaysia ini menggabungkan rasa manis santan, gurih kelapa, dan pelbagai rasa eksotik seperti pulut hitam, cendol, atau durian yang kaya. Setiap gigitan membawa nikmat dan rasa klasik Malaysia yang tidak tertandingi.
Ini adalah pencuci mulut yang sempurna untuk menenangkan panas dan menjamu selera. Ais Krim Malaysia ini membawa kenangan manis dan kesejukan dalam setiap suapan, dan pasti akan memuaskan hasrat rasa anda.
Mereka yang berada di sekitar Sepang, Selangor boleh dapatkan aiskrim Malaysia melalui pengkhidmatan penghantaran. Klik pautan ini https://foodpanda.page.link/c463sGokJ6KLx3Pp8
 
Selamat menikmatik kenikmatan aiskrim Malaysia yang luar biasa hebatnya.

No comments:

Post a Comment