Tuesday 13 August 2024

SYARIKAT PEMBINAAN KAPAL TEMPATAN BUKTI KEMAMPUAN

 
Syarikat pembinaan kapal tempatan, KN Aluminium & Engineering Sdn Bhd (KNAE) dan Northern Shipyard Sdn Bhd (Northern Shipyard) berjaya menyiapkan dua buah kapal peronda Tentera Laut Nigeria menggunakan tenaga kerja dan kepakaran tempatan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh tempahan.
 
Kapal 38M Sea Eagle berkelajuan 29 knot itu merupakan aset pertahanan negara tersebut bagi tujuan meronda, mengiring, kawalan sempadan serta kegunaan misi mencari dan menyelamat (SAR).
 
Reka bentuk, pembuatan dan integrasi kapal menggunakan sistem terkini dan canggih yang merupakan dedikasi syarikat untuk memenuhi keperluan industri maritim yang sentiasa berkembang.
 
Menariknya, 99 peratus tenaga kerja dan kepakaran tempatan untuk membina dua kapal itu merupakan satu kejayaan boleh dianggap amat luar biasa bagi syarikat tempatan menyempurnakan dan menyerahkan projek tersebut.
 
Dengan kemampuan membina dua kapal peronda itu, diharapkan kerajaan Malaysia juga dapat memberi peluang kepada syarikat tersebut untuk membina kapal-kapal bagi kegunaan maritim Malaysia.
 
Sebenarnya, di sebalik kejayaan membina kedua-dua kapal tersebut adalah kesinambungan kepada penghantaran empat buah bot peronda The Great Manta kepada Tentera Laut Nigeria yang disiapkan pada Disember 2020.
 
Sesungguhnya, kejaaan pembinaan bot peronda 38M Sea Eagle tersebut bukan sahaja menunjukkan keupayaan industri tempatan, malah membuktikan Malaysia mampu menghasilkan kapal berteknologi tinggi setaraf dengan negara maju.
 
Kejayaan itu adalah manifestasi usaha gigih dan dedikasi semua pihak yang terlibat dalam pembinaan kapal tersebut daripada peringkat reka bentuk hingga ke peringkat pembinaan dan ujian.
 
Pembinaan kapal peronda ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan industri tempatan dalam menghasilkan aset-aset berkualiti tinggi, tetapi juga membuktikan kemampuan, kemahiran dan kepakaran rakyat tempatan dalam pembuatan kapal.
 
Sumber berita: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

No comments:

Post a Comment