Thursday, 29 August 2024

ADAB BERTANDANG DI RUMAH ORANG

 
Kita sering bertandang ke rumah orang lain. Semasa berada di rumah orang, elok kita menjaga adab dan tertib. Kalau tuan rumah atau individu lain berada di atas lantai, elok kita juga duduk bersila bersama-sama mereka. Lainlah jika kita menghadapi masalah sukar untuk duduk bersila disebabkan masalah kesihatan dan sebagainya.
 
Biarpun kita menjadi tetamu kehormat, hakikatnya individu yang paling terhormat adalah tuan rumah. Biarpun tuan rumah perlu menyediakan yang terbaik kepada tetamu, tetapi tidak manis kita berada di atas kerusi, sedangkan tuan rumah bersila di lantai.
 
Tempat duduk yang berbeza itu menyebabkan seperti ada perbezaan darjat antara tetamu dengan tuan rumah. Sepatutnya kemesraan dan saling menghormati menjadi penghubung antara tuan rumah dengan tetamu.
 
Gambar – bersangka baik bahawa tetamu yang berada di atas kerusi itu mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia perlu berada di atas kerusi.

No comments:

Post a Comment